Friday, March 9, 2007

Gejala buli semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar


Dewasa ini kes buli kian menular di kalangan pelajar sekolah. Kenapa situasi ini berlaku? Bila ditanya, alasan mereka ia menjadi kebiasaan. Persoalannya, sejak bila budaya ini membiak? Kenapa selepas ada yang teraniaya buru ia diketengahkan menjadi topik?

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar suka membuli?

Thursday, March 8, 2007

Seks bebas dikalangan remaja...


Kajian menunjukkan majoriti pelajar bermasalah disekolah pernah melakukan seks. Apa komen anda?

Remaja suka melepak?





Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Ini adalah ciri-ciri remaja yang tidak merdeka. Siapakah yang bersalah?
Kenapa remaja kini suka melepak dan berpeleseran tanpa arah tujuan? Adakah disebabkan suasana rumah yang kurang kondusif? Atau ibubapa mereka bermasalah? Apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Apa pula kaitannya remaja dengan AIDS?
Jom kita bincang....

Penderaan kanak-kanak


Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Malangnya penderaan emosi tidak mendapat perhatian yang serupa walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.

Wednesday, March 7, 2007

Buang Bayi...


Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri. Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi. Apa yang tak kena dengan manusia hari ini?


Saban hari kita membaca kisah bayi atau janin dibuang di merata-rata bagaikan sampah. Bagi yang mempunyai sedikit perasaan kemanusiaan, bayi yang tidak ‘berbin’ itu akan diletakkan di surau, masjid atau depan rumah orang dengan harapan ada pihak yang menyelamatkan nyawanya. Bagi kita, berlakunya pembuangan bayi yang tinggi ini menunjukkan keparahan penyakit sosial yang melanda masyarakat masa kini. Pelbagai faktor yang boleh mendorong ke arah berlakunya kes seumpama itu terutama pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang menjurus ke arah persetubuhan haram. Memang mudah untuk menyalahkan si ibu apabila berlaku kes pembuangan bayi, sementara si bapa terlepas tanpa hukuman. Apa pun, kita percaya walau betapa berat hukuman, ia tidak akan bermakna jika masyarakat tidak memberi kerjasama dalam membendung gejala tersebut.Masyarakat tidak seharusnya meminggirkan gadis-gadis hamil luar nikah ini sebaliknya berilah pengharapan kepada mereka supaya, sekurang- kurangnya kandungan mereka dapat diselamatkan.‘Kekejaman’ sikap masyarakat inilah sebenarnya antara faktor berlakunya tindakan tidak berperikemanusiaan itu. Kita mesti sentiasa ingat bahawa bayi itu tidak bersalah dan ruang mestilah diberikan kepadanya untuk membesar sebagai anggota masyarakat yang berguna.