Wednesday, March 7, 2007

Buang Bayi...


Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri. Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi. Apa yang tak kena dengan manusia hari ini?


Saban hari kita membaca kisah bayi atau janin dibuang di merata-rata bagaikan sampah. Bagi yang mempunyai sedikit perasaan kemanusiaan, bayi yang tidak ‘berbin’ itu akan diletakkan di surau, masjid atau depan rumah orang dengan harapan ada pihak yang menyelamatkan nyawanya. Bagi kita, berlakunya pembuangan bayi yang tinggi ini menunjukkan keparahan penyakit sosial yang melanda masyarakat masa kini. Pelbagai faktor yang boleh mendorong ke arah berlakunya kes seumpama itu terutama pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang menjurus ke arah persetubuhan haram. Memang mudah untuk menyalahkan si ibu apabila berlaku kes pembuangan bayi, sementara si bapa terlepas tanpa hukuman. Apa pun, kita percaya walau betapa berat hukuman, ia tidak akan bermakna jika masyarakat tidak memberi kerjasama dalam membendung gejala tersebut.Masyarakat tidak seharusnya meminggirkan gadis-gadis hamil luar nikah ini sebaliknya berilah pengharapan kepada mereka supaya, sekurang- kurangnya kandungan mereka dapat diselamatkan.‘Kekejaman’ sikap masyarakat inilah sebenarnya antara faktor berlakunya tindakan tidak berperikemanusiaan itu. Kita mesti sentiasa ingat bahawa bayi itu tidak bersalah dan ruang mestilah diberikan kepadanya untuk membesar sebagai anggota masyarakat yang berguna.

1 comment:

eDit0R.. said...

tahniah..isu semasa menarik yang dipaparkan.